Khianat rumah Pengarah Penguat Kuasa MPS, Man Puchong dicari - Utusan Malaysia

Khianat rumah Pengarah Penguat Kuasa MPS, Man Puchong dicari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, Man Puchong dengan nombor kad pengenalan 720430-03-5189 diminta hadir ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak dan berjumpa pegawai penyiasat kes dengan segera untuk membantu siasatan.

“Kita telah menahan 10 suspek termasuk dua wanita berusia antara 19 dan 57 tahun dalam operasi bermula Rabu hingga semalam yang disyaki terlibat dalam kes ini.

“Daripada pengakuan awal, beberapa tangkapan mengaku diupah untuk menyerang rumah mangsa. Motif dipercayai atas tindakan tegas yang diambil oleh pihak MPS bagi menangani masalah pembuangan sampah di tapak pelupusan haram di Kampung Sungai Tua, Batu Caves, di sini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Fadzil menjelaskan, pada 28 April lalu, rumah dan kereta Pengarah Penguat Kuasa MPS di Taman Muhibbah, Rawang, dekat sini telah diserang oleh beberapa lelaki dengan cara menyimbah cat berwarna merah ke atas dua kenderaan mangsa selain membakar mercun yang diletakkan dalam tong cat bersama paku, besi dan serpihan kertas.

“Pada pukul 12.30 tengah malam Isnin lalu, rumah mangsa diserang sekali lagi dengan cara yang sama oleh beberapa lelaki sebelum operasi digerakkan untuk mengenal pasti suspek.

“Pihak polis tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas ke atas individu atau kumpulan yang menggunakan kekerasan serta membahayakan orang ramai bagi menyelesaikan sesuatu masalah atau isu,” ujarnya.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 435 dan 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini