Bukti Megah santuni 300 asnaf - Utusan Malaysia

Bukti Megah santuni 300 asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG 18 Mei – Seramai 300 golongan asnaf tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira apabila diraikan dalam Majlis Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Bukti Megah Sdn. Bhd. di Banafee Seri Alam, di sini malam tadi.

Keceriaan jelas terpancar pada wajah mereka kerana dalam majlis tersebut turut menerima sumbangan bagi membolehkannya meraikan Ramadan dan menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan lebih sempurna sepertimana umat Islam lain.

Sumbangan disampaikan Pengerusi Eksekutif Bina Megah Sdn Bhd., Datuk Abdul Halim Suleiman dengan diiringi

Memuatkan artikel berkaitan…

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Ketua Pembangkang negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad yang juga Pengerusi UMNO negeri dan Pesuruhjaya Pas negeri, Abdullah Husin.

Menurut Abdul Halim, program berkenaan merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi pihak Bukti Megah Sdn. Bhd. dan anak-anak syarikat di bawahnya bagi memastikan golongan asnaf itu mendapat bantuan dan keperluan selain berpeluang meraikan Syawal dengan lebih bermakna.

“Ini merupakan program tahunan Bukti Megah Sdn. Bhd. dan anak-anak syarikat di bawahnya sejak 2014 dalam menunaikan kewajiban kepada mereka yang kurang berkemampuan.

“Asnaf atau penerima terdiri daripada antaranya pelajar tahfiz, anak-anak yatim, fakir miskin dan mualaf sekitar daerah Johor Bahru,” katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut.

Dalam majlis tersebut, Abdul Halim yang mewakili syarikat berkenaan turut menyerahkan zakat kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) berjumlah RM20,000.

Abdul Halim berkata, sumbangan diberikan kepada asnaf terbabit adalah dalam bentuk wang tunai dan keperluan asas antaranya beras, gula dan minyak masak.

Menurutnya, sumbangan tersebut diharap dapat meringankan beban mereka terutama orang Melayu yang ketiika ini amat terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi.

Jumlah penerima sejak program itu dianjurkan katanya, bertambah saban tahun bermula dengan kira-kira 150 hingga 200 penerima pada awal penganjuran sebelum meningkat kepada 300 pada dua tahun kebelakangan ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini