WASHINGTON 18 Mei – Amerika Syarikat dilaporkan mencapai persetujuan dengan Kanada untuk menarik balik tarif import keluli dan aluminium.
Lapor BBC, langkah berkenaan dilihat berkemungkinan akan menyaksikan perjanjian Amerika Utara baharu dimeterai.
Dalam satu kenyataan bersama, AS dan Kanada mengumumkan tarif 25 peratus import keluli dan 10 peratus aluminium, akan tamat dalam tempoh 48 jam.
Berita berkaitan:
AS melaksanakan tarif terbabit tahun lepas atas dasar ‘keselamatan nasional.’ – AGENSI











