16 atlet perkuat cabaran Malaysia di Filipina - Utusan Malaysia

16 atlet perkuat cabaran Malaysia di Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Mei – Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) akan menghantar 16 atlet untuk membawa cabaran negara pada Sukan SEA di Filipina, November ini.

Setiausaha Kehormat NAAM, Datuk Abdul Hamid Hasan berkata, Malaysia akan mengambil bahagian dalam semua acara dipertandingkan yang menawarkan 10 pingat emas keseluruhan, masing-masing lima dalam acara compound dan recurve.

“Kita akan adakan pemilihan berdasarkan prestasi semasa atlet di kejohanan tempatan dan antarabangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita akan buat pemilihan berdasarkan mata ranking dan prestasi mereka di kejohanan disertai. Kalau ada pernah meraih pingat pada kejohanan disertai, maka akan tambah mata kelayakan mereka,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja memanah-Majlis Sukan Negara, di sini hari ini.

Beliau berkata senarai akhir pemanah negara bakal beraksi di Filipina akan diketahui pada Ogos.

Pada edisi 2017 di Kuala Lumpur, skuad memanah negara meraih tiga pingat emas dalam acara compound dan dua emas menerusi acara recurve.

Tiga emas compound diperoleh menerusi berpasukan lelaki dan wanita serta berpasukan campuran manakala dua emas recurve hadir dalam saingan berpasukan lelaki dan wanita.

Lebih manis, dua rekod berjaya diperbaharui pemanah negara pada temasya itu menerusi Fatin Nurfatehah Mat Salleh (compound wanita) serta satu daripada Khairul Anuar Mohamad dalam acara recurve (lelaki). – BERNAMA



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini