Remaja lemas dalam lombong - Utusan Malaysia

Remaja lemas dalam lombong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AYER HITAM 17 Mei – Keseronokan seorang remaja yang bermandi-manda di kawasan takungan air kuari di Felda Ayer Hitam dekat sini petang ini bersama-sama abang serta rakannya bertukar duka apabila dia lemas.

Mayat Aniq Imran Yusof, 13, ditemukan dalam keadaan terapung-apung pada pukul 5.40 petang kira-kira lima meter dari tebing lombong lokasi mangsa terjatuh.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam, Penolong Penguasa Bomba Othman Baher berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 4.59 petang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami menghantar sepasukan lima anggota dan sebuah jentera bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa sejurus panggilan diterima.

“Mangsa dipercayai terjatuh dari tebing setinggi 1.5 meter ke dalam lombong bekas tapak kuari yang kedalaman lebih 30 meter ketika mandi bersama-sama abang dan rakannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Difahamkan, mangsa bersama-sama abang serta rakannya tiba di kawasan lombong itu pada pukul 4.30 petang sebelum mangsa tergelincir jatuh dan lemas.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini