Penuntut Unisel maut ketika melintas jalan - Utusan Malaysia

Penuntut Unisel maut ketika melintas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Seorang penuntut Universiti Selangor (Unisel) maut akibat dilanggar sebuah kenderaan sewaktu melintas jalan di Persiaran Institut, Seksyen 7, di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, Saidatul Ain Nabila Rosli, 24, penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa baru selesai kuliah di institutsi berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipandu lelaki berusia 23 tahun dari arah Bulatan Bestari didapati gagal mengelak sebelum melanggar mangsa yang melintas jalan.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa meninggal dunia disebabkan parah di kepala dan badan.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyatan di sini hari ini .

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini