Wanita sarat hamil dibunuh, bayi dikeluarkan daripada rahim - Utusan Malaysia

Wanita sarat hamil dibunuh, bayi dikeluarkan daripada rahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHICAGO 17 Mei – Polis menahan tiga suspek yang didakwa membunuh seorang wanita hamil dan mengeluarkan bayi daripada rahim mangsa selepas kematiannya.

Channel News Asia melaporkan, mangsa yang dikenali sebagai Marlen Ochoa-Lopez, 19, dipercayai diajak ke rumah suspek suspek dibunuh dengan cara dijerut pada leher.

Tiga suspek iaitu Clarisa Figueroa, 46, anak perempuannya, Desiree, 24, dan Piotr Bobak, 40, didakwa melakukan pembunuhan kejam tersebut.

Bayi mangsa sempat ditemukan pasukan polis dan kini ditempatkan di sebuah hospital serta berada dalam keadaan kritikal. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×