PTPTN: Cadangan menyusahkan peminjam - Utusan Malaysia

PTPTN: Cadangan menyusahkan peminjam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Mei – Cadangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk memperkenalkan semula sekatan ke luar negara terhadap peminjam yang gagal membayar balik pinjaman tabung itu akan menyusahkan semua pengguna khususnya peminjam.

Jurucakap MCA, Mike Chong Yew Chuan berkata, tindakan itu juga bukan sahaja akan mengecewakan ramai pengundi malah, bercanggah dengan janji manifesto kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Pusingan U oleh kerajaan PH ini dilihat sebagai langkah terdesak untuk menyelamatkan PTPTN yang dilaporkan terpaksa menanggung hutang RM40 bilion dan disifatkan lebih besar daripada hutang ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia harus ditekankan bahawa cabaran yang dihadapi PTPTN hari ini berpunca daripada PH sendiri, yang telah menghasut penyokong-penyokongnya supaya tidak membayar balik hutang mereka, malah juga berjanji memansuhkan semua hutang apabila mereka membentuk kerajaan.

“Ini adalah antara sebab PTPTN merekodkan prestasi bayaran balik pinjaman yang rendah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini