KUALA PILAH 16 Mei – Jenazah Allahyarhamah Siti Kharina Mohd. Kamarudin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tengah, Seri Menanti di sini kira-kira pukul 9 malam ini.
Kira-kira 100 ahli keluarga termasuk suaminya, Udzir Khalid dan tiga anak perempuan hadir dalam upacara pengebumiannya.
Terdahulu jenazahnya tiba dari Hospital Serdang, Selangor di rumah keluarganya di Kampung Tengah kira-kira pukul 6.15 petang tadi.
Memuatkan artikel berkaitan…
Ketua Jururawat Hospital Serdang itu ditemukan mati dipercayai dibunuh di sebuah rumah yang disewanya di Cyberjaya, semalam.
Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang dengan kali terakhir dilihat di tempat letak kenderaan Hospital Serdang pada 8 Mei lalu. – UTUSAN ONLINE











