LONDON 16 Mei – Ole Gunnar Solskjaer sedang mencari pemain baharu dengan etika kerja yang berkualiti untuk menyarung jersi Manchester United.
Solskjaer pada awalnya berjaya membawa perubahan positif kepada United selepas menggantikan Jose Mourinho, Disember lalu tetapi menamatkan saingan dengan enam kekalahan dalam perlawanan terakhir.
Kekalahan 0-2 di laman sendiri kepada Cardiff dalam aksi terakhir menunjukkan dia sedang berdepan tugasan sukar untuk mengubah nasib pasukan itu musim hadapan.
Buat masa sekarang, Solskjaer memiliki pemain seperti Jesse Lingard dan Marcus Rashford untuk bersama pasukan kerana mereka memiliki karaketer untuk skuad kendaliannya.
“Perkara ini pernah saya sentuh. Kami cuba mendidik pemain kami untuk menjadi manusia yang lebih baik.
“Sewaktu bergelar pemain, semua pemain dalam pasukan ini adalah manusi yang hebat.
“Awak perlukan sistem nilai. Sikap tertentu diperlukan untuk menjadi pemain United.
“Awak perlukan etika kerja yang baik dan kami akan memasuki pasaran pemain dan mencari pemain yang sesuai dengan pasukan ini,” katanya.-AGENSI











