LONDON 16 Mei – Kapten England, Harry Kane berada dalam skuad Gareth Southgate bagi aksi Liga Negara-Negara tetapi Ruben Loftus-Cheek digugurkan kerana masalah kecederaan.
Loftus-Cheek mengalami kecederaan buku lali semasa beraksi bersama Chelsea dalam aksi persahabatan menentang New England Revolution di Boston dan dilaporkan bakal berehat panjang selain terlepas aksi final Piala Europa menentang Arsenal.
Kane dilaporkan sudah cukup cergas untuk berada dalam skuad England walaupun dilaporkan terpaksa berehat selama enam minggu akibat kecederaan buku lali.
Penyerang Tottenham itu juga akan mengetuai pasukan Mauricio Pochettino dalam aksi final Liga Juara-Juara menentang Liverpool, Jun ini.
Pemenang Kasut Emas Piala Dunia itu adalah satu daripada sembilan pemain Spurs dan Liverpool yang berada dalam skaud Southgate yang akan berdepan Belanda di Madrid.
Danny Rose, Kieran Trippier, Eric Dier, Dele Alli dan Harry Winks selain trio Liverpool, Jordan Henderson, Joe Gomez serta Trent Alexander-Arnold akan bersama pasukan Three Lions.-AGENSI











