Rangkaian jenayah siber antarabangsa ditumpaskan - Utusan Malaysia

Rangkaian jenayah siber antarabangsa ditumpaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

THE HAGUE 16 Mei – Polis Amerika Syarikat (AS) dan Eropah berjaya menumpaskan rangkaian jenayah siber antarabangsa yang menggunakan malware Rusia untuk mencuri AS$100 juta (RM415 juta) daripada puluhan ribu mangsa di seluruh dunia.

Menurut agensi polis Europol, pendakwaan telah dilaksanakan di Georgia, Moldova, Ukraine dan AS berhubung jenayah berkenaan selain lima suspek warga Rusia turut ditahan.

“Serangan malware itu disasarkan terhadap lebih 41,000 mangsa, terutamanya perniagaan dan institusi kewangan,” kata Europol dalam satu kenyataan dikeluarkan. – AFP

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini