OPPO Reno RM1,999 sebuah - Utusan Malaysia

OPPO Reno RM1,999 sebuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Mei – Jenama telefon pintar OPPO melancarkan model baharunya, OPPO Reno yang ditawarkan pada harga RM1,999.

Pakar Produk Oppo, Ray  Wong berkata, OPPO Reno menampilkan paparan skrin OLED 6.4 inci dan dilengkapi dengan kaca Corning Gorilla generasi ke-enam bagi meningkatkan lagi daya ketahanannya.

Beliau berkata, telefon pintar terbaharu itu dilengkapi dengan kamera 48 megapiksel (MP) + 5MP, mod ultra malam 2.0, pemetaan warna, video 4K dan mod potret artistik yang ditambahbaik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“OPPO Reno bukan sekadar sebuah telefon pintar malah ia merupakan satu peranti yang membolehkan pengguna mengekspresikan kreativiti masing-masing.

“Ia direka bagi memenuhi gaya hidup mereka yang artistik bagi menyokong idea-idea baharu yang ingin dihasilkan,” katanya pada majlis pelancaran model OPPO Reno di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini