Yang di-Pertuan Agong berbuka puasa di Masjid Al-Azim - Utusan Malaysia

Yang di-Pertuan Agong berbuka puasa di Masjid Al-Azim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 16 Mei – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk berbuka puasa bersama rakyat Melaka di Masjid Negeri, Masjid Al-Azim di Bukit Palah di sini malam ini.

Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tiba di masjid itu pada pukul 6.55 petang disambut oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Dr. Mohd. Khalil Yaakob dan Ketua Menteri, Adly Zahari.

Baginda berdua sebelum itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam pukul 2 petang ini untuk lawatan kerja dua hari ke negeri ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Seri Paduka bersama Raja Pemaisuri Agong turut menghadiri program turun padang membeli juadah di Pasar Ramadan Peringgit pada petang ini.

 

Majlis berbuka puasa itu dihadiri lebih 1,000 umat Islam terdiri daripada pemimpin kerajaan negeri, kakitangan kerajaan negeri, pelajar institusi pengajian tinggi dan pelajar sekolah.

Selepas berbuka, Seri Paduka menunaikan solat maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Halim Tawil. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini