Program 1 Masjid 1 Pegawai bantu banteras jenayah - Utusan Malaysia

Program 1 Masjid 1 Pegawai bantu banteras jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Mei- Seorang pegawai polis ditempatkan di 72 buah masjid di bawah Kontinjen Kuala Lumpur bagi membanteras jenayah melalui program 1 Masjid 1 Pegawai Polis (1M1P).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, program yang merupakan kerjasama antara pihaknya, Jabatan Agama Islam Negeri dan ahli jawatankuasa masjid itu bertujuan bagi meningkatkan masyarakat dalam aktiviti pencegahan jenayah bagi menyalurkan maklumat jenayah kepada pihak polis.

Beliau berkata, seorang pegawai perhubungan masjid akan dilantik untuk berinteraksi serta saling berkongsi maklumat dengan masyarakat dalam usaha mewujudkan persekitaran masjid yang selamat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini juga bagi mengurangkan jenayah seperti curi motosikal, curi pecah kenderaan, curi tabung dan curi kasut.

“Justeru itu, program 1M1P adalah sangat relevan dan merupakan satu jihad antara masyarakat serta pihak polis dalam aktiviti pencegahan jenayah sekaligus dapat mengimarahkan masjid,” katanya dalam Majlis Pelancaran 1M1P di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Dalam majlis itu, Mazlan turut menyampaikan sumbangan kepada balu serta anggota polis yang cedera semasa bertugas.

Mazlan berkata, sumbangan tersebut bagi meringankan beban mereka ketika menjalani ibadah berpuasa serta persiapan Hari Raya Aidilfitri kelak.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini