[VIDEO]Hasrat kemas rumah keluarga tak kesampaian - Utusan Malaysia

[VIDEO]Hasrat kemas rumah keluarga tak kesampaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH 16 Mei – Mangsa bunuh, Siti Kharina Mohd. Kamarudin bercadang pulang ke kampung bagi mengemas rumah keluarganya sempena Hari Raya Aidilfitri nanti.

Ibu saudara mangsa, Datin Fauziah Mohamed, 54, berkata, kali terakhir dia bertemu Siti Kharina adalah sehari sebelum Ramadan di rumah keluarganya di Kampung Tengah, Seri Menanti di sini.

“Ketika itu Allahyarhamah kerap bercerita mengenai rancangannya untuk mengemas rumah bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kesemua ahli keluarga terkejut dan bersedih atas kejadian itu dan berharap pihak polis segera memberkas penjenayah terlibat dan membawanya ke muka pengadilan

“Arwah seorang yang baik, ramah dan mudah mesra. Saya tak sangka ada orang sanggup melakukan kekejaman terhadapnya dalam bulan Ramadan ini,” katanya ketika ditemui di rumah keluarga mangsa di sini petang tadi.

Siti Kharina yang merupakan Ketua Jururawat Hospital Serdang ditemukan mati dipercayai dibunuh di sebuah kondominium yang disewanya di Cyberjaya selepas dilaporkan hilang sejak 8 Mei lalu.

JENAZAH Allahyarhamah Siti Kharina Mohd. Kamarudin di Kampung Tengah, Seri Menanti di Kuala Pilah hari ini. – UTUSAN ONLINE/AZRUL EDHAM MOHD. AMINUDDIN

Sementara itu, jenazahnya yang dibawa dari Hospital Serdang tiba di rumah keluarganya kira-kira pukul 6.15 petang.

Beberapa ahli keluarga termasuk suaminya, Udzir Khalid, 40, tidak dapat menahan sebak ketika tiba di kediaman tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini