PU Abu, Ain A'fini bercerai talak dua  - Utusan Malaysia

PU Abu, Ain A’fini bercerai talak dua 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Kisah rumah tangga ustaz selebriti, PU Abu dan Ain ‘Afini Latif,23, memasuki dimensi baharu apabila mereka disahkan bercerai talak dua di Mahkamah Rendah Syariah Klang di sini semalam. 

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) dalam satu kenyataan hari ini berkata, keputusan penceraian itu dilakukan oleh Hakim Syarie Mohd. Hairuddin Ab. Rahim. 

Katanya ini berdasarkan fakta dan bukti baharu yang dikemukakan oleh PU Abu atau nama sebenarnya Mohammad Abu Sufyan Mohd. Mokhtar Rozaidi, 25 dan Ain A’fini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mahkamah mensabitkan lafaz talak pada penghujung Mac 2019 adalah sah dengan talak satu, kali kedua berjumlah dua talak secara talak rajie. 

“Defendan (Ain ‘Afini) beriddah sehingga melahirkan kandungan,” katanya. 

Menurut JAKESS, Mahkamah Rendah Syariah Klang terdahulu menerima panggilan kira-kira pukul 12.30 tengah hari daripada Ain ‘Afini memaklumkan PU Abu telah terlupa menyatakann kepada mahkamah berhubung kewujudan lafaz pada penghujung Mac lalu. 

“Lafaz tersebut berbunyi Saya dan dia, isteri saya sudah bercerai. 

“Justeru, pasangan itu dinasihatkan memfailkan satu kes baharu bagi menentukan status lafaz talaq tersebut di bawah Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 yang melibatkan kes pendaftaran penceraian di luar tanpa kebenaran mahkamah,” katanya. 

JAKESS turut menafikan perbicaraan kes pada sesi petang semalam itu merupakan sambungan kepada sesi paginya. 

Jelasnya, kes pada pagi itu telah selesai dibicarakan dan hakim yang membicarakan kes tersebut telah “Functus Officio” iaitu hakim telah menyelesaikan fungsi atau melaksanakan tugas kehakimannya untuk mendengar kes tersebut melalui keputusan yang telah dikeluarkan dan tidak boleh mendengar semula kes tersebut. 

“JAKESS ingin menegaskan pengendalian semua kes yang berdaftar di Mahkamah Syariah Selangor sentiasa dilaksanakan selaras dengan segala prosedur yang ditetapkan oleh undang-undang dan hukum syarak,” tegasnya. 

Kosmo! hari ini melaporkan Ain ‘Afini masih isteri PU Abu selepas Mahkamah Rendah Syariah Klang mendapati lafaz cerai menerusi aplikasi WhatsAPP yang dilakukan PU ABU adalah tidak sah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini