Kereta hilang kawalan rempuh pejalan kaki - Utusan Malaysia

Kereta hilang kawalan rempuh pejalan kaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang wanita maut selepas dirempuh oleh sebuah kereta dalam satu kemalangan di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Klang Gate di sini pagi tadi. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superitendan Mohd. Zaid Hassan berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 10.25 pagi sewaktu sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 20-an sedang dalam perjalanan dari arah Gombak menghala ke Ampang. 

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta berkenaan yang dipandu di lorong paling kanan dipercayai telah hilang kawalan dan merempuh seorang pejalan kaki. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Susulan rempuhan tersebut, mangsa, Asmah Bahru, 56, yang sedang berjalan di laluan pejalan kaki maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala,” katanya dalam satu kenyataan di sini. 

Menurut Mohd. Zaid, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk di bedah siasat dan pemandu kereta berkenaan yang mengalami kecederaan ringan pada kepala telah dibawa ke Hospital Ampang Puteri untuk mendapatkan rawatan lanjut. 

“Siasatan berhubung kejadian sedang dilakukan dan tindakan mengenalpasti saksi awam serta meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian telah dibuat. 

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhamad Yusaiful Muhamat Basir di talian 011-1307 8348,” jelas beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini