[VIDEO] Berpisah akhirnya - Utusan Malaysia

[VIDEO] Berpisah akhirnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Mei – Penyanyi, Aliff Aziz menceraikan isterinya, Bella Astillah atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah sebentar tadi.

Hakim Syarie Izzat Syazli Mushid selepas merekodkan perceraian tersebut turut memerintahkan Bella Astillah beridah selama tiga kali suci.

Kedua-dua mereka mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkongsian hidup itu dikurniakan seorang anak, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia 2 tahun. – UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini