Soon Huat sedia galas tanggungjawab - Utusan Malaysia

Soon Huat sedia galas tanggungjawab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG 16 Mei – Pemain beregu campuran negara, Goh Soon Huat sama sekali tidak menjangka dilantik sebagai kapten pasukan badminton Malaysia bagi aksi Piala Sudirman yang akan berlangsung di Nanning, minggu hadapan.

GOH SOON HUAT

Pemain berusia 29 tahun itu berazam untuk cuba memainkan peranan selaku ketua pasukan dalam memastikan setiap pemain kekal bersemangat dalam menggalas cabaran negara di kejohanan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dia juga mengakui banyak belajar daripada jaguh No.1 negara, Datuk Lee Chong Wei dalam memimpin pasukan sepanjang menyertai kejohanan berpasukan sebelum ini.

“Saya tidak pernah jangka akan jadi kapten, pihak pengurusan memutuskan untuk saya jadi ketua pasukan dan saya akan cuba jalankan tanggungjawab saya sebaik mungkin dalam mengekalkan semangat pemain.

“Memang sebelum ini Chong Wei akan menjadi kapten dan saya banyak belajar daripada dia kerana saya sudah tiga atau empat kali bersamanya dalam kejohanan berpasukan termasuk Piala Thomas, Sukan Komanwel dan Piala Sudirman adalah yang pertama untuk saya,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini