Lelaki Israel ditahan meludah Duta Poland - Utusan Malaysia

Lelaki Israel ditahan meludah Duta Poland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS 16 Mei – Seorang lelaki Israel berusia 65 ditahan polis selepas meludah Duta Poland di sini kemarin.

AFP yang memetik jurucakap polis Micky Rosenfeld sebagai berkata, ketika kejadian Duta Poland, Marek Magierowski sedang duduk di dalam keretannya sebelum lelaki warga emas itu menghampiri dan meludah beliau.

Mahkamah Tel Aviv semalam memerintah lelaki itu diletakkan di bawah tahanan rumah dan tidak mendekati kawasan Kedutaan Poland di Tel Aviv selama 30 hari.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jurucakap kepada Menteri Luar Israel, Emmanuel Nahshon menyatakan rasa terkejut dengan tindakan lelaki itu.

Insiden itu berlaku sehari selepas Poland membatalkan lawatan pegawai Israel yang mahu membincangkan isu rampasan tanah ketika Halocaust. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini