Isu bazar Ramadan Jalan Raja akan ditangani - Utusan Malaysia

Isu bazar Ramadan Jalan Raja akan ditangani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad memberi jaminan bahawa isu berkaitan pengudaraan dan banjir kilat di bazar Ramadan Jalan Raja di Kuala Lumpur akan ditangani.

Beliau berkata, keadaan lembap di bazar itu sedang ditangani selepas perbincangan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan dan langkah-langkah termasuk memasang penyaman udara di khemah.

Mengenai banjir kilat semalam, Khalid ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama kakitangan Perbadanan Putrajaya di sini berkata ia disebabkan oleh halangan dalam pengaliran air dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengatasinya hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mengenai dakwaan oleh penduduk Jalan Abdullah, Bangsar bahawa pemaju hartanah SP Setia Bhd. menceroboh kawasan kediaman mereka walaupun syarikat itu tidak memiliki tanah di Jalan Abdullah, Khalid berkata, kementeriannya telahpun mengarahkan SP Setia untuk mengemukakan pelan pembangunan mereka.

SP Setia dilaporkan terlibat dalam pembangunan utama bercampur utama di Bukit Persekutuan, yang terletak berdekatan dengan Jalan Abdullah. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini