Kekalkan nama Kampung Baru - Rina Harun - Utusan Malaysia

Kekalkan nama Kampung Baru – Rina Harun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Rina Mohd Harun berharap agar nama Kampung Baru tetap dikekalkan walaupun kerajaan berhasrat untuk membangunkan semula kawasan berkenaan sebagai penempatan moden dan lebih sistematik.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata, ini kerana nama Kampung Baru memiliki nilai sejarah dan warisan tersendiri yang perlu dikekalkan. 

“Saya berharap agar kampung ini walaupun dibangunkan tapi akan dibangunkan dengan keunikan Kampung Baru itu, jangan hilang nama Kampung Baru itu, jangan jenamakan, contoh macam sebelum ini  Kampung Kerinchi jadi Bangsar South,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa bersama Pakatan Harapan Parlimen Titiwangsa di Kampung Baru di sini hari ini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada 22 April lepas, Menteri Wilayah, Khalid Samad dipetik sebagai berkata kerajaan memerlukan dana RM10 bilion jika berhasrat membeli tanah di Kampung Baru untuk dibangunkan menjadi penempatan moden dan sistematik orang Melayu di tengah ibu kota.

Katanya, dana itu diperlukan untuk membolehkan kementerian membangunkan Kampung Baru secara menyeluruh dan bukan secara berkelompok atau ‘runcit’ oleh pemilik tanah bersama pemaju. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini