12 warga Vietnam ditahan tangkap gamat secara haram - Utusan Malaysia

12 warga Vietnam ditahan tangkap gamat secara haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Mei – Sebanyak 12 warga Vietnam ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) semalam ketika sedang leka memproses gamat yang disyaki ditangkap secara haram di perairan negara.

Dalam tangkapan kira-kira pukul 8.30 pagi itu, kesemua mereka yang berada di atas dua bot ditahan ketika berada di kedudukan sekitar 23.4 kilometer dari Timur Laut Pulau Tigabu, Kudat, Sabah.

Selain itu, turut dirampas iaitu gamat dianggarkan seberat 450 kilogram.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Boon Chin Chau berkata, pada mulanya, dua bot yang dinaiki kesemua suspek telah ditahan dan diperiksa bot ronda Maritim Malaysia.

Ujarnya, hasil pemeriksaan awal mendapati kedua-dua bot terbabit merupakan bot yang didaftarkan di Malaysia serta kesemua nelayan terbabit juga bekerja di atas bot secara sah berdasarkan kepada dokumen yang dikemukan.

“Hasil semakan mendapati bot-bot seperti ini menggunakan peralatan yang diharamkan selain lesen yang dikeluarkan kepada mereka adalah untuk menangkap ikan menggunakan pukat atau rawai dan bukannya bagi menangguk gamat.

“Jika dilihat, ini merupakan kes ketiga yang melibatkan tangkapan gamat di Perairan Kudat pada bulan ini dan Maritim Malaysia begitu tegas dan serius memantau perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Chin chau memberitahu, meskipun kesemua mereka mempunyai lesen namun Maritim Malaysia akan melakukan siasatan lanjut dan merujuk kepada jabatan-jabatan yang berkaitan mengenai perkara ini.

“Pemilik-pemilik bot tempatan yang menggajikan pekerja asing perlu memantau setiap tindakan pekerja mereka. Malah mereka wajib memaklumkan pada pekerja-pekerja mereka tentang peraturan dan undang-undang tempatan dengan jelas sebelum membenarkan mereka mengendalikan bot.

“Kesemua nelayan ditahan telah dibawa ke Jeti Awam Kudat dekat sini dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat untuk siasatan lanjut di bawah Akta Perikanan 1985 kerana disyaki menggunakan peralatan yang tidak dibenarkan,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini