Penolong pegawai kesihatan ditahan reman lima hari kes rasuah  - Utusan Malaysia

Penolong pegawai kesihatan ditahan reman lima hari kes rasuah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) di Unit Inspektorat dan Perundangan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seremban ditahan reman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dua kes rasuah bernilai RM1,800 kira-kira dua tahun lalu.

Lelaki berusia 31 tahun itu disyaki meminta dan menerima rasuah RM400 daripada wakil Restoran Nasi Kandar AlBuhari di sini pada Disember 2017 sebagai balasan untuk mengurangkan kadar kompaun yang dikenakan terhadap dua pekerja premis itu.

Kedua-dua pekerja restoran itu didapati melakukan kesalahan dibawah Peraturan 32(1)(b) Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 iaitu tidak mematuhi kehendak yang berhubungan dengan pakaian pengendali makanan. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Suspek turut disyaki meminta dan menerima rasuah RM1,400 daripada pemilik Restoran Kassim Dua Puluh Dua Puluh di sini pada Disember 2017 sebagai balasan menyelesaikan kes mahkamah membabitkan pemilik restoran itu dan pekerjanya.

Pamilik Restoran Kassim Dua Puluh Dua Puluh dan pekerjanya sebelum itu gagal membayar kompaun kerana melakukan kesalahan dibawah seksyen 11(1)(c) Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 iaitu gagal menyediakan rekod latihan pengendali makanan semasa pemeriksaan dan seksyen 32(1)(b) Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Suspek yang ditahan di Pejabat Kesihatan Daerah Seremban pada pukul 2.24 petang semalam diwakili peguam bela Ardelliza Shafie. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini