AirAsia bawa masuk lebih banyak jenama bebas cukai - Utusan Malaysia

AirAsia bawa masuk lebih banyak jenama bebas cukai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Mei – AirAsia Group Bhd. akan membawa masuk lebih banyak jenama bebas cukai terkemuka bagi menyertai platform e-dagangnya, ­Ourshop.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, jenama bebas cukai seperti Lagardere, Heinemann dan Eraman telah menunjukkan minat terhadap Ourshop selain daripada beberapa jenama lain yang sedia ada di platform berkenaan.

“Hari yang hebat di persidangan bebas cukai. Semua nama besar seperti Lagardere, Heinemann dan Eraman telah mendaftar di Ourshop. Lebih banyak akan datang, akan ­hadir,” katanya di Twitter miliknya hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ourshop merupakan platform beli-belah dalam talian AirAsia yang menawarkan pelbagai pilihan produk daripada peruncit bebas cukai dan tempatan di seluruh dunia.

Melalui kerjasama dengan Ourshop, peruncit bebas cukai akan menerima manfaat tambahan seperti akses kepada trend penumpang, destinasi berlepas dan ketibaan mereka, yang membolehkan jenama tersebut me­nyasarkan pemasaran dan pemilihan produk yang lebih tepat.

“Di Ourshop, tetamu boleh menikmati pengalaman membeli-belah dalam talian yang mudah, cepat dan selamat tanpa beratur panjang dan tergesa-gesa di lapangan terbang.

“Dengan pelbagai pilihan jenama antarabangsa dan tempatan yang mewah, Ourshop adalah gedung kepada pelbagai produk terdiri daripada fesyen, barangan kemas, kesihatan dan kecantikan, minuman keras, gajet, alat permainan dan makanan yang ditawarkan pada harga kompetitif,” tambah ­AirAsia.

Para tetamu boleh memilih untuk menerima barangan mereka di lapangan terbang semasa ketibaan, sebelum berlepas atau dihantar ke tempat duduk mereka ketika di dalam penerbangan AirAsia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini