Plat PNY 1 bernilai RM111,000 - Utusan Malaysia

Plat PNY 1 bernilai RM111,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Nombor pendaftaran kenderaan PNY 1 menjadi yang tertinggi dibida bagi siri PNY iaitu pada harga RM111,000.

Menurut satu kenyataan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang, bidaan itu dibuat orang ramai selepas pihaknya membuka tempahan bagi siri tersebut pada 17 April sehingga 2 Mei lalu.

“Bidaan tertinggi ialah PNY 1 iaitu sebanyak RM111,000 selain bagi nombor pendaftaran kategori biasa, PNY 4174 bernilai RM3,333.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siri itu mendapat jumlah kutipan permohonan yang berjaya mencecah RM805,495.80 dan menjadikannya antara permohonan tertinggi di negeri ini iaitu 533 permohonan, manakala 239  bidaan berjaya,” kata kenyataan itu sebentar tadi.

Sementara itu, kenyataan itu berkata, keputusan tersebut akan diumumkan pada 21 Mei ini kepada pembida yang berjaya. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini