Kenyataan Takiyuddin mengenai Anwar tidak bertanggungjawab - Utusan Malaysia

Kenyataan Takiyuddin mengenai Anwar tidak bertanggungjawab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kenyataan setiausaha agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan yang mempersoalkan sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim sesuai menjadi Perdana Menteri kerana berstatus banduan disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kenyataan itu juga adalah tidak adil kerana presiden PKR itu telah menerima pengampunan diraja.

“Umum sedia maklum bahawa pertuduhan terhadap Datuk Seri Anwar sejak 1998 itu merupakan pertuduhan politik yang akhirnya membawa kepada pengampunan penuh oleh Yang di-Pertuan Agong.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita mungkin mempunyai pandangan politik berbeza tetapi kita harus berpegang kepada fakta dan kenyataan bahawa kemelut ini telah diselesaikan dengan baik demi kepentingan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di sini hari ini. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini