SEDEKAH. Kira-kira 2,500 bungkus bubur lambuk diedarkan secara percuma kepada pelajar kolej kediaman dan pelajar luar kampus Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) oleh Pusat Perumahan Pelajar (PPP) baru-baru ini.
Pengarah PPP, Ahmad Kamal Mustafa berkata, setiap tahun bubur lambuk itu dimasak sendiri oleh kakitangan PPP, pengurusan kolej kediaman dan Felo Penghuni dengan menggunakan enam buah periuk serta dimasak di pekarangan Kolej Kediaman.
Pada masa sama, pelajar antarabangsa juga berpeluang merasai sendiri keenakan bubur lambuk yang menjadi tradisi setiap kali menjelang Ramadan itu.
Memuatkan artikel berkaitan…











