Penyelewengan pembalakan, kerajaan negeri rugi ratusan juta ringgit - Utusan Malaysia

Penyelewengan pembalakan, kerajaan negeri rugi ratusan juta ringgit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 14 Mei – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang, Khairuddin A. Rahim membuat laporan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor, Tampoi di sini dari pukul 10.30 pagi hingga 1.30 petang tadi.

Laporan dibuat Khairuddin yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Pakatan Harapan (PH) Johor adalah berkenaan penyelewengan dan pembalakan hutan simpan di negeri ini terutama di Mersing.

Tindakan tersebut diambil supaya siasatan berhubung perkara terbabit dapat dilakukan bagi melindungi khazanah negeri ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Khairuddin dalam sidang akhbar selepas membuat laporan itu mendakwa, kerajaan negeri mengalami kerugian ratusan juta ringgit akibat penyelewengan pembalakan di kawasan Hutan Simpan Lenggor, Mersing, sejak sekian lama.

Menurut beliau, berdasarkan lawatannya ke kawasan berkenaan akhir bulan lalu, pembalakan dengan cara tidak sepatutnya itu masih berlaku sehingga kini.

“Isu penyelewengan pembalakan ini telah saya usulkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada 12 Ogos lalu tetapi sehingga lawatan saya ke hutan itu akhir bulan lalu, saya dapati amalan pembalakan secara tidak sepatutnya masih dilakukan di kawasan berkenaan.

“Kawasan itu didapati dalam keadaan gondol akibat pelanggaran syarat penebangan pokok seperti pokok kayu tidak bertanda yang masih kecil disyaki ditebang secara tidak sah dan dikeluarkan dengan tidak membayar cukai,” katanya.

Selain itu katanya, rekod pengeluaran kayu juga disyaki dikecilkan jumlahnya kurang daripada jumlah meter padu kayu yang dibayar premium dengan kekurangan meter padu tersebut disyaki digunakan untuk mendapat kawasan ganti rugi tanpa membayar premium.

“Penanaman semula juga didapati tidak dilakukan dengan sempurna serta pengeluaran kayu-kayu juga disyaki secara gelap tanpa membayar cukai kepada kerajaan (cukai terbang),” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini