SEOUL 14 Mei – Bekas anggota kumpulan Big Bang, Seungri hadir ke mahkamah hari ini bagi mendengar keputusan kesnya berhubung beberapa dakwaan terhadapnya termasuklah terbabit dalam skandal seks dan pelacuran.
Seungri, 28, dan rakan perniagaannya didakwa menyediakan perkhidmatan pelacuran kepada pelabur berpotensi dan klien daripada golongan kaya di kelab malam milik mereka.
Berpakaian sut hitam, Seungri berjalan masuk ke dalam Mahkamah Daerah Pusat Seoul tanpa menjawab sebarang soalan dikemukakan oleh wartawan. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











