Hilang kelayakan bertanding judo gara-gara telefon bimbit - Utusan Malaysia

Hilang kelayakan bertanding judo gara-gara telefon bimbit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAKU 14 Mei – Gara-gara tidak sengaja menyimpan telefon bimbit di dalam poket pakaian judo yang dipakainya ketika perlawanan Baku Grand Slam dekat sini, seorang peserta dari Portugal hilang kelayakan bertanding.

Daily Mail melaporkan, semuanya berlaku apabila telefon bimbit itu terkeluar dan terjatuh ke lantai ketika Anri Egutidze sedang ‘bergelut’ dengan lawannya dari Sweden, Robin Packs di dalam gelanggang.

Packs kemudiannya mengambil telefon bimbit itu dan menunjukkannya kepada pengadil perlawanan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kejadian berlaku tidak sampai 13 saat dalam pertarungan Baku Grand Slam, pertandingan selama tiga hari yang melibatkan 467 atlet judo dari 52 negara di ibu negara Azerbaijan itu.

Egutidze selepas itu mengaku: “Saya mendengar muzik di dalam bilik dan menanggalkan jam tangan, tetapi terlupa mengeluarkan telefon bimbit.”

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini