Pembinaan susur naik di Jalan PJU 8/1 elak kesesakan - Prolintas - Utusan Malaysia

Pembinaan susur naik di Jalan PJU 8/1 elak kesesakan – Prolintas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Mei – Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) memaklumkan kerja-kerja pembinaan sebuah susur naik (Ramp Up) di hadapan pusat beli-belah Jaya Grocer, Perdana Exclusive Condo, Damansara dekat bertujuan mengelakkan kesesakan trafik pada waktu puncak.

Prolintas dalam satu kenyataan memaklumkan, susur naik yang dibina tersebut adalah sebagai laluan alternatif kepada pengguna di Jalan PJU 8/1, Damansara dekat sini.

“Ia akan bersambung dengan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (Dash) untuk ke arah Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint) dan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setelah susur naik ini siap, pengguna akan menggunakan laluan terus melintasi lampu isyarat di Jalan PJU 8/1 untuk menghala ke SPRINT dan LDP sekali gus menjimatkan masa dan melancarkan perjalanan ke sesuatu destinasi,” katanya.

Tambah kenyataan itu, pergerakan trafik di Damansara Perdana juga dijangka akan lebih lancar terutama pada waktu puncak setelah susur naik ini siap sepenuhnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini