Mazlan dilantik Timbalan Ketua Polis Negara baharu - Utusan Malaysia

Mazlan dilantik Timbalan Ketua Polis Negara baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mazlan Mansor dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu berkuat kuasa 9 Mei lalu.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pihaknya yakin dengan pengalaman luas yang dimiliki Mazlan merangkumi pelbagai sektor dalam pasukan berkenaan.

“Dengan gandingan mantap beliau dan Ketua Polis Negara yang baharu, kita harap pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap apa kita lakukan pada masa depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini terutama dalam meningkatkan perkhidmatan dan martabat pasukan sebagai agensi penguatkuasaan yang disegani dan dihormati,” katanya dalam suatu kenyataan akhbar hari ini.

Turut hadir, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Mazlan mengisi kekosongan ditinggalkan oleh Tan Sri Noor Rashid Ibrahim yang bersara baru-baru ini.

Jawatan Timbalan Ketua Polis Negara sebelum ini dipangku oleh Datuk Seri Abdul Hamid Bador yang dilantik sebagai Ketua Polis Negara berkuat kuasa bulan ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini