KUALA LUMPUR 13 Mei – Golongan profesional dan ibu bapa dialu-alukan untuk menyertai seminar Kesihatan dan Keselamatan Seksual Kanak-kanak Kurang Upaya (OKU) 2019 bagi menekankan risiko dan strategi pendidikan seksual kepada kanak-kanak berkenaan.
Seminar anjuran Pusat Perkembangan Kanak-kanak Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu akan diadakan di Auditorium, Blok Pendidikan, Pusat Perubatan UKM, bermula pukul 8 pagi hingga 1 petang, 6 Ogos depan.
Penganjur dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya membuka peluang kepada doktor, guru sekolah, jururawat terlatih, ahli kesihatan bersekutu dan penjaga kanak-kanak kelainan upaya untuk bersama-sama menyertai seminar berkenaan.
Katanya, mereka yang berminat boleh membuat pendaftaran awal dengan yuran sebanyak RM80 sebelum 1 Julai ini.
Bagi yang berminat, boleh mendaftar secara dalam talian di http://tinyurl.com/cdcsexualhealth2019 atau hubungi Liana di 03-9145 7055. – UTUSAN ONLINE











