Lelaki maut dipukul tiga individu - Utusan Malaysia

Lelaki maut dipukul tiga individu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 13 Mei – Seorang lelaki berusia 40-an maut setelah dipercayai dipukul oleh tiga lelaki dalam keadaan tangan dan kakinya diikat, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, mangsa yang cedera sempat dihantar pulang ke rumahnya di Jalan Telok Wan Jah oleh tiga lelaki terbabit dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd. Rozi Jidin berkata, semasa di rumah mangsa, suspek turut mengugut ibu lelaki tersebut dan adik iparnya supaya tidak membuka ikatan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun setelah suspek beredar, adik ipar mangsa membuka ikatan itu sebelum ambulan tiba kira-kira pukul 4 petang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Rozi, mangsa walau bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Tambah beliau, seorang suspek telah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh manakala motif kejadian sedang disiasat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini