Sarri bersimpati dengan Klopp - Utusan Malaysia

Sarri bersimpati dengan Klopp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 13 Mei – Pengendali Chelsea, Maurizio Sarri bersimpati dengan Liverpool yang berjaya mencatat kutipan mata tertinggi kelab namun gagal merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Liverpool menundukkan Wolves 2-0 di Anfield untuk meraih 97 mata, kurang satu mata berbanding juara bertahan Manchester City yang bangkit daripada ketinggalan untuk menang 4-1 ke atas Brighton.

Chelsea menamatkan saingan musim ini dengan keputusan seri tanpa jaringan ketika menentang Leicester, keputusan yang cukup untuk meletakkan mereka di kedudukan ketiga mengatasi Tottenham di tempat keempat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Musim ini cukup sukar buat kami, tetapi akhirnya kami gembira kerana berjaya meraih keputusan seperti ini selepas tiga bulan berdepan kesukaran.

“Akhirnya kami berada di kedudukan ketiga dan mencapai sasaran untuk ke Liga Juara-Juara. Kami beraksi menentang City dalam final EFL dan sebelum final kami bertemu Liverpool dan Tottenham, finalis Liga Juara-Juara.

“Sekarang kami berdepan cabaran paling penting, final Liga Europa. Bagi saya, musim ini cukup baik walaupun berdepan beberapa kesukaran.

“Sekarang ini saya bersimpati dengan Klopp kerana dia berjaya meraih 97 mata dalam saigan Liga Perdana Inggeris tetapi tidak menjadi juara.

“Saya merasakan saya kurang bernasib baik musim lalu di Serie A kerana berada di kedudukan kedua dengan 91 mata, jadi sekarang saya faham apa perasaan Klopp ketika ini,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini