MPBJ perketat syarat lesen bazar Ramadan - Utusan Malaysia

MPBJ perketat syarat lesen bazar Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Mei – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memperketat tindakan penguatkuasaan terhadap pematuhan syarat-syarat berlesen di bazar ramadan dengan menggunakan sistem demerit.

MBPJ dalam kenyataannya di sini berkata, sistem itu merupakan pemarkahan bagi setiap kesalahan yang dilakukan oleh penjaja seperti yang termaktub di dalam undang-undang kecil penjaja MBPJ (2007); Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan Perintah Pengangkutan Jalan.

Katanya, sistem demerit itu terbahagi kepada dua kategori iaitu pelanggaran syarat kritikal dan pelanggaran syarat tidak kritikal.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi pelanggaran syarat tidak kritikal akan dikenakan satu markah terhadap kesalahan seperti tidak meletakkan lesen perniagaan di tempat yang mudah dilihat, berniaga melebihi tempoh waktu diberikan atau memulakan perniagaan lebih awal daripada waktu yang ditetapkan,

“Sementara syarat kritikal pula, dikenakan dua markah bagi setiap kesalahan seperti tidak mempunyai sijil suntikan TY2 yang sah, mengguna khidmat pekerja asing, tidak menjaga kebersihan kawasan sekitar dan tidak menutup makanan dan minuman,” katanya.

MBPJ berkata, hasil semakan bersepadu sehingga 8 Mei lalu, pihaknya merekodkan sebanyak empat kes peniaga tanpa lesen, 30 kes kesalahan tidak berniaga sendiri, 8 kes kesalahan tukar jenis jualan, 55 kes tidak menggunakan pembantu berdaftar dan 1 kes kesalahan menjual petak. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini