Cubaan seludup ‘PENSIL’ gagal - Utusan Malaysia

Cubaan seludup ‘PENSIL’ gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Mei – Pasukan Polis Marin (PPM) Labuan merampas 3,000 batang rokok seludup yang disembunyikan di ruang simpanan tangki minyak bot penumpang dalam rondaan Op Gelora Khas di perairan Pelabuhan Wilayah Persekutuan Labuan, semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, dalam kejadian pukul 4 petang itu, pihaknya menahan dan memeriksa bot tersebut dan menemukan sebanyak 15 karton rokok dibungkus dalam plastik hitam di ruang simpanan tangki minyak petrol.

“Bagaimanapun, tiada penumpang yang mengaku bungkusan plastik hitam rokok jenama PENSIL itu milik mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Rokok bernilai RM3,750 itu dirampas dan dibawa ke pangkalan Markas Operasi PPM Labuan untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati rokok itu cuba diseludup keluar dari Labuan tanpa menjelaskan cukai.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 kerana cubaan membawa keluar rokok dari Labuan tanpa membayar cukai dan kes dirujuk ke Jabatan Kastam Diraja Malaysia Labuan untuk siasatan lanjut,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini