Dua anggota polis prihatin bantu alih kereta rosak - Utusan Malaysia

Dua anggota polis prihatin bantu alih kereta rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 13 Mei – Cuaca terik tidak menghalang dua anggota polis trafik membantu mengalihkan sebuah kereta rosak di Jalan Ghazali Jawi berhampiran Stadium Perak di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak, Superintenden Zakaria Abd. Rahman berkata, dalam kejadian pada pukul 5.50 petang itu, sebuah kereta dipandu seorang wanita telah rosak dan berhenti di tengah jalan.

Katanya, dua anggota daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Ipoh yang sedang membuat kawalan lalu lintas di bazar Ramadan berhampiran telah membantu dengan menolak kenderaan tersebut ke tepi jalan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Anggota trafik Ipoh, Lans Koperal Saufi Napri dan Konstabel Zulkhairi Ishak telah mengambil inisiatif dengan membantu menolak kereta tersebut ke tepi jalan supaya tidak menghalang laluan kenderaan lain.

“Tindakan anggota terbabit membuktikan keprihatinan anggota polis trafik dalam menjalankan tugas bagi memastikan lalu lintas berjalan lancar dan terkawal,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini