Hari Ibu: Hishammuddin 'terhadiahkan' pucuk paku untuk isteri - Utusan Malaysia

Hari Ibu: Hishammuddin ‘terhadiahkan’ pucuk paku untuk isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Mei – Hari ini rakyat Malaysia pebagai peringat umur dan kaum meraikan Hari Ibu.

Tidak terkecuali Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussin yang turut menghadiahkan sejambak ‘bunga’ pucuk paku kepada isterinya Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah bagi meraikan hari yang amat bermakna kepada semua ibu.

Bekas Menteri Pertahanan itu dalam hantarannya di Facebook bagaimanapun berkata, beliau ‘terbeli’ pucuk paku dan bukannya bunga disebabkan lari daripada fokus disebabkan berpuasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pergi pasar dengan isteri tersayang, hasrat nak beli bunga untuk dihadiahkan sempena Hari Ibu.

“Tapi bila bulan puasa ni, fokus pun lari sampai tersalah beli pucuk paku! Selamat Hari Ibu kepada semua!” gurau Hishammuddin.

Dalam gambar yang turut dikongsi di Facebook rasmi bekas Naib Presiden UMNO itu kelihatan Tengku Marsilla menerima ‘bunga pucuk paku’ tersebut dengan ketawa kecil dan tersenyum daripada Hishammuddin yang juga ketawa dan tersenyum.

Sementara itu wargnanet turut memberi komen terhadap gambar pasangan itu yang digambarkan sebagai romantik.

“How sweet…itu lagi best nanti isteri masak sedap-sedap makan sama-sama,” usik Saodah Jamrus.

“Wanita ni tak kisah, pucuk paku pun pucuk pakulah asalkan ada ingatan dan penghargaan, itu yang penting,” kata Rokiyah Muhammad.

“Ada makna Datuk bagi tu. Dia suruh masakkan..hehe,” tulis Rosnah Paiman.

“Janji Datin Seri senyum. Itu sudah ok,” kata Mak Tam.

“Masih ada nilai romantik.” komen Zaeeza Zahari. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini