Kaji dulu baru tanam - Daim Zainuddin - Utusan Malaysia

Kaji dulu baru tanam – Daim Zainuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG 12 Mei. – Kajian yang menyeluruh perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum penanaman baharu dilaksanakan di tanah rancangan Felda seluruh negara.

Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin berkata, sehubungan itu cadangan sesuatu tanaman hendaklah dibawa kepada pihak-pihak berkaitan bagi melihat potensi dan kesesuaian.

“Lebih baik buat sesuatu benda (penanaman baharu) buat kajian terlebih dahulu dan jumpa agensi dan kementerian berkaitan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita tanam benda hendak hasil yang cepat dan mempunyai pasaran yang baik dan yang penting semua pihak bekerjasama,” katanya sempena lawatan kerja ke Felda Lurah Bilut di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang, Datuk Mazlan Aliman.

Pada majlis itu tiga tanaman baharu iaitu durian Musang King, vanila dan halia Bentong diperkenalkan untuk di tanam di kawasan Felda Lurah Bilut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini