Singa diseludup masuk ke hospital - Utusan Malaysia

Singa diseludup masuk ke hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PRETORIA, Afrika Selatan – Seekor singa dewasa terpaksa diseludup masuk ke sebuah hospital swasta di sini untuk menjalani rawatan kanser kulit, lapor Fox News semalam.

Singa seberat 258 kilogram itu terpaksa dibawa masuk ke dalam hospital itu baru-baru ini melalui pintu belakang kerana anggota penyelamat tidak mahu kehadiran haiwan pemburu tersebut menakutkan pesakit yang sedang menjalani rawatan di Muelmed Mediclinic.

Mamalia itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan diikat pada sebuah troli.

Memuatkan artikel berkaitan…

Singa berumur 16 tahun itu yang dinamakan sebagai Chaos itu dipelihara di Santuari Taman Haiwan dan Burung Hantu Lory dekat sini.

Seramai lima orang petugas radioterapi dan seorang doktor onkologi ditugaskan untuk merawat lepuhan pada bahagian hidung singa itu. Lepuhan itu dikesan sejak beberapa minggu lalu.

Penjaga Chaos, Kara Heynis berkata, rawatan radioterapi itu menelan belanja yang besar namun ia berbaloi.

“Ia seperti anak kami, jadi kami akan lakukan apa sahaja untuknya,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini