COLOMBO 10 Mei – Sri Lanka mengarahkan masjid untuk membanteras gejala ekstremisme dan mengemukakan salinan khutbah susulan insiden pengeboman yang mengorbankan 258 orang baru-baru ini.
Menurut Kementerian Agama dan Hal Ehwal Islam, masjid tidak boleh digunakan untuk menyebarkan fahaman seumpama itu.
“Kementerian mengarahkan semua pemegang amanah masjid untuk tidak melibatkan atau membenarkan sebarang perjumpaan untuk mempromosikan atau menyebarkan kebencian serta ekstremisme dalam apa jua bentuk,” ujar Kementerian berkenaan. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











