Media jangan jadi alat tetapi... - Utusan Malaysia

Media jangan jadi alat tetapi…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Mei- Media di Sarawak perlu diberi lebih kebebasan sebenar dan meluas dalam menyuarakan kepelbagaian serta ragam politik di negeri itu.

Menurut Setiausaha Interim Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sarawak, Jaziri Alkaf Suffian, beliau bersetuju dengan pandangan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, bahawa RTM dan juga media arus perdana lain tidak perlu menjadi alat kerajaan pemerintah termasuk Pakatan Harapan (PH).

JAZIRI ALKAF SUFFIAN
JAZIRI ALKAF SUFFIAN 

Namun peluang dan padang yang sama rata juga perlu disediakan kerajaan negeri terhadap media di negeri itu supaya tidak terlalu bias dan adakalanya dilihat terlalu dikawal.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika beliau mahu berjumpa dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, itu adalah hak Abdul Karim kerana saya juga tertanya- tanya kenapa perlu dihalang jika ada berita berkenaan kerajaan negeri.

“Bagi saya itu jika benar adalah agak keterlaluan namun perlu beri peluang kepada Gobind menyatakan pandangan dalam soal ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan bagi menjawab persoalan Abdul Rahman mengenai kurangnya pemberitaan dan laporan oleh RTM mengenai aktiviti kerajaan negeri baru-baru ini.

Menurutnya, kebebasan media di Sarawak juga perlu diberi peluang seluasnya kerana rakyat negeri itu kini lebih matang dalam mendapatkan maklumat kerana semuanya sudah dihujung jari.

“Rakyat kini tidak terlalu bergantung kepada media tradisional dalam mendapatkan maklumat tentang keadaan politik atau apa yang berlaku.

“Oleh itu adalah lebih baik peluang sama rata diberikan kepada pihak pembangkang di negeri itu dalam soal pemberitaan dan laporan berita supaya orang melihat kerajaan negeri lebih adil dalam soal ini,” katanya.

Oleh itu kata Jaziri Alkaf, kerajaan negeri perlu memberi lebih banyak ruang kepada pembangkang termasuk mengenai Bersatu dalam pemberitaan di akhbar-akhbar negeri tersebut terutama mengenai aktiviti politik dan projek komuniti masyarakat setempat.

Ujarnya lagi, perkara itu menjadi penghubung rakyat untuk mendapatkan berita sebenar dan berfakta mengenai suasana politik terutama Bersatu di negeri tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini