Op Motosikal: 97 saman dikeluarkan - Utusan Malaysia

Op Motosikal: 97 saman dikeluarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Mei – Sebanyak 97 saman dikeluarkan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak dalam Op Motosikal di Jalan Bandar Tasik Puteri dan Acacia, Gombak, dekat sini semalam.

Dalam operasi yang bermula pukul 9 malam hingga 10.30 malam itu, sebanyak dua pegawai dan 30 anggota terlibat meliputi kawasan sekitar Rawang.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, sebanyak 91 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan iaitu tiada lesen, kesalahan nombor plat dan tidak memakai topi keledar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, pihaknya bertindak atas maklumat dan rungutan penduduk sekitar kawasan tersebut yang mendakwa terdapat aktiviti menunggang motosikal dalam kalangan remaja bawah umur.

“Hasil operasi tersebut, sebanyak 32 buah motosikal bersama 40 penunggang dan pembonceng diperiksa.

“Jumlah pecahan saman yang dikeluarkan iaitu, 21 saman tiada lesen, 11 saman membenarkan memandu tiada lesen, 12 saman cukai jalan tamat tempuh, 40 saman tidak memakai topi keledar dan 13 saman atas kesalahan nombor pendaftaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, pemantaun berterusan akan sentiasa diadakan termasuk mengambil tindakan sewajarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini