Tidak sempat melaram motosikal curi  - Utusan Malaysia

Tidak sempat melaram motosikal curi 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM – Seorang penganggur hanya sempat melaram motosikal dicurinya selama tujuh jam sebelum diberkas polis di Jalan Kampung Sungai Labu, Sekinchan, tengah malam tadi. 

Suspek berusia 31 tahun itu diberkas pukul 12.15 malam selepas melarikan motosikal jenis Yamaha 100 sports. 

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Nor Azmi Isa berkata, suspek terlebih dahulu mencuri motosikal itu di pekan Sungai Besar pukul 5.30 petang semalam. 

Katanya, hasil risikan dan maklumat awam kemudiannya membawa penahanan suspek bersama motosikal tersebut di tepi jalan Kampung Sungai Labu, Sekinchan. 

Jarak antara kedua-dua lokasi adalah 22.5 kilometer. 

“Berdasarkan siasatan mendapati suspek disifatkan pencuri tegar apabila merupakan kali keempat melakukan jenayah curi motosikal. 

“Suspek sebelum ini pernah dihukum penjara dan denda namun ternyata perkara itu tidak pernah menginsafkannya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. 

Jelas Nor Azmi, hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis MOP. 
 
“Suspek kini direman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan (KK),” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×