Swiss Garden Beach Resort tawar makanan ala kampung sempena Ramadan - Utusan Malaysia

Swiss Garden Beach Resort tawar makanan ala kampung sempena Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT – Sempena bulan Ramadan, Swiss Garden Beach Resort, Damai Laut di sini menawarkan hidangan berbuka puasa berkonsepkan Warisan Tradisi Kampung.

Cef Eksekutifnya, Mohamad Izan Ismail berkata, pihaknya memilih hidangan tradisi kampung bertujuan untuk membawa rakyat Malaysia dengan lebih dekat melalui sentuhan atau cita rasa makanan ala kampung memandangkan kebanyakan pelanggan menggemari menu-menu seperti ini semasa berbuka puasa.

“Kira-kira 160 jenis hidangan akan disajikan kepada pengunjung yang datang untuk menikmati makanan tersebut pada bulan Ramadan ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Antara masakan kampung yang terdapat pada promosi kali ini adalah nasi kerabu, nasi beriani, nasi tomato dan hujan panas. Pelbagai jenis sup juga disediakan antaranya sup kambing berempah, sup ekor, sup tulang serta sup ayam berempah dan menu ini juga akan bertukar pada setiap hari,” katanya. 

Tambah Mohamad Izan, pihaknya juga menyediakan 12 jenis kuih muih tradisional setiap hari seperti kuih ketayap, koci dan pulut panggang manakala pencuci mulut seperti bubur kacang hijau, bubur pulut hitam, pengat ubi dan pengat pisang turut disediakan.

“Selain itu, tujuh jenis sambal dan 10 jenis kerabu disediakan dan ia juga akan ditukar setiap hari bagi kepuasan pelanggan. 

“Kita juga membuka gerai makanan panas memandangkan ia sentiasa mendapat sambutan daripada pelanggan termasuk gerai pasembor, gado-gado, pecal, mee udang, mee kari, sate, roti john, murtabak serta kambing bakar yang diperap dengan rempah harissa dan dibakar pada setiap hari,” katanya.

Hidangan bufet Ramadan di resort berkenaan ditetapkan pada harga RM65 bagi dewasa manakala RM30 bagi warga emas dan kanak-kanak berumur lima tahun ke atas.

Pihak resort turut menawarkan harga istimewa bagi mereka yang menempah untuk berbuka puasa secara berkumpulan.

Untuk tempahan, orang ramai boleh menghubungi talian 05-6843333 atau 011 1649 2208 (Soleha). – K! ONLINE

Mohamad Izan Ismail menunjukkan pelbagai jenis juadah bertema Warisan Tradisi Kampung yang dihidangk
Mohamad Izan menunjukkan sebahagian jenis juadah bertema Warisan Tradisi Kampung yang dihidangkan di resort berkenaan.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini