Barisan Exco Perak baharu diumum dalam masa terdekat - Utusan Malaysia

Barisan Exco Perak baharu diumum dalam masa terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memaklumkan senarai barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang baru dijangka diumumkan dalam masa terdekat.

Ahmad Faizal berkata, pihaknya kini sedang menunggu tarikh sesuai daripada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bagi majlis mengangkat sumpah. 

“Saya bawa senarai nama Exco baru untuk diperkenankan oleh Sultan Nazrin namun sebelum itu kita perlu berbincang dengan pucuk pimpinan parti komponen Pakatan Harapan Perak terlebih dahulu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selepas dapat tarikh daripada pihak istana, majlis angkat sumpah akan diadakan secepat mungkin,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri program Penyediaan Bubur Lambuk Peringkat Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) 2019 di Dataran MBI di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini