Hujung minggu mendebarkan buat City dan Reds - Utusan Malaysia

Hujung minggu mendebarkan buat City dan Reds

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 10 Mei – Perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) antara Manchester City dan Liverpool menghampiri kemuncak apabila pemenang akan ditentukan pada Ahad ini.

Juara bertahan, City akan berkunjung ke Brighton manakala Liverpool menanti kunjungan Wolves di Anfield.

The Catizen memiliki kelebihan dengan mendahului satu mata namun tidak boleh tercicir tiga mata seandainya mahu memahat sejarah muncul pasukan pertama dalam tempoh sedekad mempertahankan kejuaraan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, jika City tercicir mata dan Liverpool berjaya menewaskan Wolves maka penantian 29 tahun kejuaraan Liga Perdana yang kali terakhir dimenangi mereka sejak 1990 mampu ditamatkan, malah bakal melakar catatan mata ketiga terbanyak dalam EPL.

“Kedua-dua pasukan berhak dengan kejuaraan ini tetapi hanya satu pasukan boleh menang.

“Pasukan yang tewas tidak perlu menyesal kerana mereka sudah memberikan segala-galanya,” kata bos City, Pep Guardiola.

Secara statistik perebutan liga musim ini yang paling hebat sepanjang zaman dalam sejarah Liga Perdana kerana jarang sekali kejuaraan dimenangi pada hari terakhir perlawanan.

Kemenangan City ke atas Brighton, Ahad ini bakal menjadikan kejuaraan keempat kelab itu dalam tempoh lapan tahun. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini